Wednesday, July 8, 2009

ELEMEN-ELEMEN BESTARI

3. STRATEGI P & P

PEMBELAJARAN BERBANTUKAN TEKNOLOGI


1. Apakah pendekatan pembelajaran berbantukan teknologi ?

Pendekatan pembelajaran berbantukan teknologi adalah pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan teknologi secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses p&p.

2. Nyatakan strategi guru dalam pembelajaran berbantukan teknologi ?

Strategi guru dalam pembelajaran berbantukan teknologi adalah :

· merancang dan memilih topik yang sesuai
· merancang objektif pengajaran pembelajaran
· merancang dan menyediakan bahan akses atau mempastikan bahan sedia ada boleh digunakan
· mempastikan hasil pembelajaran pelajar tercapai
· kawal selia penggunaan media

3. Sebagai seorang guru bagaimanakah anda akan menentukan keberkesanan penggunaan pembelajaran berbantukan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran anda?

Seorang guru perlu melihat beberapa aspek seperti isi, tujuan, kesesuaian, kaedah penggunaan, kualiti dan kos sesuatu alat bantu mengajar.

4. Apakah pendekatan pembelajaran berbantukan ICT?

Pendekatan pembelajaran berbantukan ICT adalah pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuain untuk meningkatkan kecekapan proses p&p.

5. Terangakan maksud ICT (a) untuk pembelajaran tutorial (b) untuk pembelajaran penerokaan (c) sebagai alat aplikasi (d) sebagai alat komunikasi

(a) Tutorial: menyampaikan kandungan pelajaran berdasarkan urutan yang telah ditetapkan (Pembelajaran Tutorial merangkumi: ekspositori, demonstrasi, latihan atau latih tubi yang disampai dan dikawal oleh sistem).
(b) Penerokaan: ICT sebagai medium
· mencari dan mengakses maklumat daripada CD-Rom, internet, portal, maklumat dll.
· mengalami, mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi.
· melihat demonstrasi sesuatu kejadian yang urutan babaknya boleh dikawal oleh murid.
(c) Alat aplikasi : apabila membantu murid melaksanakan tugasan pembelajaran dan bukan sebagai mekanisma penyaluran maklumat p&p.
(d) Alat komunikasi : apabila digunakan untuk menghantar, menerima dan berkongsi maklumat yang pelbagai bentuk (teks, grafik, audio, video).

6. Apakah perbezaan antara soalan 1 dan 4 ?

Soalan 1 merujuk kepada semua jenis teknologi (OHP, radio, TV, dsbnya). Soalan 4 merujuk kepada teknologi yang melibatkan komputer sahaja.

PEMBELAJARAN BERASASKAN OTAK

Apakah itu pembelajaran berasaskan otak?

Pembelajaran berasaskan otak adalah satu teori yang menyatakan bahawa proses pembelajaran berkait rapat dengan struktur dan perkembangan otak. Jika otak tidak dihalang daripada proses-proses semulajadi berlaku, maka akan berlakulah proses pembelajaran.


2. Apakah prinsip-prinsip utama dalam pembelajaran berasaskan otak?

· Otak adalah pemproses selari iaitu boleh berfungsi menjalankan beberapa aktiviti dalam satu masa.
· Pembelajaran menghubungkaitkan keseluruhan fisiologi
· Mencari makna secara dalaman
· Mencari makna melalui pencorakan
· Emosi adalah penting dalam pencorakan
· Otak memproses secara keseluruhan dan bahagian secara serentak
· Pembelajaran melibatkan persepsi periferal dan penumpuan yang sedang ditumpukan.
· Pembelajaran melibatkan proses sedar dan luar sedar.
· Terdapat dua jenis ingatan iaitu spatial dan rote
· Pemahaman tertinggi berlaku apabila pengetahuan diletak (embedded) dalam spatial memory.
· Pembelajaran akan berkembang melalui cabaran tanpa paksaan.
· Otak adalah unik

Nyatakan tiga teknik pengajaran yang berhubungkait dengan pembelajaran berasaskan otak.

Orchestrated immersion: Mengujudkan suasana pembelajaran yang melibatkan pelajar dalam pengalaman pembelajaran.
Relaxed alertness:Mengelakkan ketakutan dalam proses pembelajaran
Active processing: Membolehkan pelajar mengukuhkan dan memahami maklumat secara mendalam melalui proses yang aktif

4. Cara otak berfungsi memberikan impak yang signifikan terhadap aktiviti pembelajaran yang berkesan. Guru perlu membantu pelajar mengembangkan pengalaman pembelajaran mereka. Nyatakan elemen- elemen interaktif yang penting dalam proses ini.

· Guru perlu menyediakan pengalaman yang komplek dan interaktif yang sebenar dan pelbagai.
· Pelajar perlu ada cabaran yang bermakna dalam dirinya
· Bagi mempastikan pelajar memahami sesuatu masalah secara mendalam, mereka harus membuat analisis secara intensif dari pelbagai pendekatan
· Maklumbalas adalah terbaik apabila ia hadir secara realiti berbanding daripada pihak berautoriti
· Pembelajaran lebih berkesan apabila masalah diselesaikan secara realistik
· Gambaran keseluruhan tidak boleh dipisahkan daripada bahagian-bahagiannya.
· Oleh kerana otak berbeza, guru perlu membenarkan pelajar belajar merancang pembelajaran mengikut persekitaran sendiri
· Penyelesaian